Monday, February 7, 2011

tHe DaY wHeN I'm 18 yEaRs oLd

assalamualaikum..
hari ni 7 February 2011, genap umur ku 18 tahun..Alhamdulillah..suda 18 tahun aku hidup di atas muka bumi Allah ini.. urm, macam x caye je yg aku ni dah 18 tahun.. haha..btul ke ni? sat nak p cek surat branak sat!(selepas 5 minit)... ha'a la btul2 aku da 18 taun da..ish3.. so, bila dah msuk 18 ni dah ketogeri dewasa la an.. hahaha.. mcm lawak pun ada.. tp ni lah hakikatnyer..umo akan smakin pendek..
banyak beday wish yg aku dapat ary ni.. from my parents, friends, adik2, ckgu2 la..huhu..trima kasih ye pd sume yg wish.. my mum massage kat aku ayat baik punya.. my mum ckp "selamat hri tua, dah semakin tua ni jgn duk mlawan sngat" hahaha.. mne da aku duk mlawan.. aku skit punya baik ka..hehehe.. adk aku lak tnya ape wish kak aisyiah taun ni..aku tatau nk jwb pe, sbb aku xleh gtau kat sape2 wish aku.. aku just ckp nak kasi berat badan aku naik.. erm, mmg betul pun sbb dah lebih kurg 2 taun lebih berat aku xnaik n x ckuo berat..hehehe.
tp tu actually bukan real wish aku la.. da something yg aku mmg nak sngat bnda tu tercapai.. mmg tringin tersangat.. tp x mudah tuk mncapainya.. tp aku akn cuba gak tuk mncapainye even da bnyak halangan.. aku just minta before I leave this world, my wish can be reality..not just fantasi.. btw, Allah je yg tahu.. apa pun aku hpy today..^_^

Tuesday, February 1, 2011

AkU SuDa PeNinG!!

err..skarang ni dah msuk bulan dua tp aku blum isi borg upu fasa 2 lg.... membe2 aku kebnyakan nye dah isi pun.. ha, asal aku x isi lg? sbb nye aku x tahu nak pilih pe.. huh susahnye aku nak buat pilihan.. pening pikir sal result spm aku yg ntah cam ner rupanye.. baik or sebaliknya.. urm..bnyak pilihan dlm borg upu tu.. tp minat aku n kemahuan aku hnya dalam bidang sains.. tp the question is kemampuan aku? mampu ke aku mengharunginye... ary tu da karnival jom masuk u kat pisa.. aku g la utk dptkan info tntg bdg yg aku minat.. x bnyak info yg aku dpt.. so, skrg ni aku akan isi borg upu tu depend on minat aku.. then after dpt result nty aku kna pikir balik ape yg the best tuk aku n future aku.. nak buat matrik ke, asasi ke, diploma ke??? or smbung form 6..errr tp aku klau bole x nak la smbung form 6..tp klau dah xde choice lain trpaksala... ape pun aku harap ape yg ditakdirkan oleh Allah utk aku adalah trbaik tuk aku..aku xnak buat pilihan yg salah..

p/s: takut n x sabar nak tahu result spm aku..~

Monday, January 31, 2011

HaSiL pEmBeLajARaN kU

yooooo..what up.. eh silap, assalamualaikum..
ha..today aku nak kongsi ngan korang sume about ape yg telah aku blajar di giat mara.. em..kejap je dah sebulan aku blaja kat situ.. belum bnyak ilmu lagi yg aku dapat coz masih bru kan.. best blaja kat situ sbb situasi nye mcm kat skola la.. da ckgu, da kawan2, da bell n mcm2 lg la.. cuma rule nya lain.. bulan ni ape yg aku blajar is more about keselamatan iaitu modul 1 teknologi fotografi.. abis modul da exam lak..
Dalam bulan ni gak aku ada snap beberapa gmbar mggunakan camera Nikon D90 hak milik giat mara.. x guna sndiri nya sbb xde g..haha.. aku xde la pandai sngat guna camera tp bila blaja dah tahu la skit2 sbb dibantu oleh kengkawan.. hari tu aku da kuar g shooting ngan kawan2 aku kat sekitar kwasan tu gak.. jom tngok pic ape yg aku snap.. sume pic yg aku snap ni aku guna teknik blur or focus pd satu objek sja.. pic yang au snap ni blum la diperingkat yg bgus sbb msih blaja lg..ni je yg dpt aku cuba for this time.. future mybe lebih bgus.. JOM TENGOK..



ni pic bunga..nice bunga ni..
aku suka..
pic nih aku amik
guna teknik wokeh..
em, tp x berapa wokeh la..







ni pic bunga raya..
pic ni aku focus pada
bunganya sja..
daun-daun di blakangnya
diblurkan..




ni pic lubang di
sebatang kayu..
pic ni focusing point nye
di lubang itu..
aku suka pic ni..agk unik..






ni pic nenas..
pic ni aku amik focus
pd nenas dihadapan saja.
nenas dibelakang diblurkan..
pic ni pun nice n aku suka..




ni pic yg paling aku suka..
pic bunga rya yg bru
nak mengembang..
prasan x kat bunga tu
ada small butterfly..
tp syang aku xleh zoom pic
ni sbb time ni aku guna
lens potrek.. lens ni
xleh zoom..


ni lah antara pic2 yg aku snap.. da bnyak lagi.. tp ni antara yg aku suka.. actually x brapa nak jd teknik yg aku mainkan.. tp xpe la.. ckgu and membe2 pun ckap ok.. tp aku nak try buat the best lg la.. yg x puas hatinya.. time aku snap ni sume aku guna lens yg xleh zoom.. aku trlupa nk tukar lens biasa balik time kuar tuh..em, tp xpe next time cuba lg..
p/s: skrg ni aku tngah blaja teknik panning lak..x mahir lg..nty klo dah mahir aku uploadkan pic nye ye..daaa..

Monday, January 24, 2011

Antara MATRIK atau ASASI atau DIPLOMA

Memandangkan sekarang dasar tawaran terbuka (double offer) digunakan, maka calon lepasan SPM yang layak mungkin akan menerima dua tawaran iaitu sama ada untuk mengikuti program Matrikulasi di KPM atau mengikuti Program Pengajian Asasi/Diploma di IPTA. Mereka yang mendapat dua tawaran ini pasti ada yang telah yakin mana yang harus dipilih tetapi tidak kurang yang merasa keliru atau tidak pasti.

Matrikulasi KPM

Program Matrikulasi KPM terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun dan mempunyai 4 jurusan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, Perakaunan dan Teknikal. Jurusan Teknikal baru diperkenal pada tahun ini. Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada empat jurusan umum ini.
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 220 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semestar.
Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah. Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati. Mereka yang sederhana pula ada kemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak diminati atau biasa disebut ‘dilelong’.

Asasi IPTA

Program Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.
Umpamanya Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Alam Bina, Asasi Pendidikan Islam, Asasi Syariah, Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains. Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai 15 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Kesihatan Bersekutu, Asasi Kejururawatan, Asasi Farmasi, Asasi Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi Sains Kemanusian, Asasi Bahasa Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan, Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer dan Asasi Undang-Undang.

Di samping itu universiti lain yang mempunyai program asasi adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Walaupun begitu para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku sebanyak RM 1,000 satu semester, yuran pengajian sebanyak RM 350 satu semester dan yuran penginapan sebanyak RM 300 satu semester.
Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka. Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Diploma IPTA

Program Diploma pula diurus dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.
Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan. Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.
Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Pilihan Anda?
Ketiga-tiga program pengajian ini memang disasarkan kepada calon yang berbeza. Setiap satu program tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.
Mereka yang mengikuti program asasi dan matrikulasi satu tahun merupakan antara jalan terpantas untuk memasuki universiti dan menamatkan program pengajian peringkat ijazah. Secara langsung mereka akan dapat mula bekerja lebih awal di usia yang muda.

Memandangkan program asasi dan matrikulasi mengambil masa yang singkat untuk ditamatkan maka mereka yang mengikuti program ini perlu melalui proses kehidupan dan pembelajaran yang mencabar. Banyak yang perlu dilakukan dalam masa yang begitu pendek dan perlu fokus serta mengekalkan prestasi pelajaran dari mula lagi.
Walaupun begitu segala susah payah ini akan dibalas dengan kepantasan memasuki program pengajian peringkat ijazah dan dunia kerjaya.
Secara umumnya program Matrikulasi KPM sesuai untuk mereka yang belum begitu pasti kursus apa yang ingin diikuti diperingkat ijazah nanti kerana sukatan pelajarannya lebih terbuka. Manaka program Asasi pula sesuai untuk mereka yang sudah pasti apakah kursus yang ingin diikuti diperingkat ijazah dan universiti yang ingin dimasuki kerana sukatan pelajaran asasi telah disusun mengikut kursus yang tertentu.
Perbezaan yang paling ketara antara program asasi dan matrikulasi dengan program diploma adalah tempoh masa pengajian. Program diploma mengambil masa yang lebih panjang iaitu 3 tahun jadi proses pembelajaran tidaklah begitu ketat. Di samping itu pelajar diploma mempunyai lebih peluang untuk membaiki penurunan prestasi kerana ada 6 semestar berbanding 2 semestar untuk asasi dan matrikulasi setahun.

Namun kerana tempoh masa pembelajaran yang lebih lama maka lepasan diploma akan lewat memasuki pengajian peringkat ijazah dan akan lambat mula bekerja. Walaupun begitu ada universiti yang memberi pengecualian jam kredit kepada lulusan diploma dan ini boleh memendekkan sedikit tempoh masa pengajian.

Di samping itu lulusan diploma boleh menggunakan diploma mereka untuk terus bekerja tetapi tidak demikian untuk lulusan asasi dan matrikulasi. Mereka yang mengambil program asasi dan matrikulasi dianggap akan meneruskan proses pembelajaran mereka kerana program tersebut memang disusun sebagai laluan pantas ke universiti.

Sementara itu bagi mereka yang tidak berjaya ke matrikulasi atau asasi maupun diploma jangan gusar kerana anda masih boleh memasuki universiti mengikuti program peringkat ijazah. Laluan anda adalah dengan masuk ke tingkatan 6 dan ambil STPM.
Walau apa pun pilihan anda pastikan anda melaluinya dengan terancang dan berusaha untuk mencapai yang terbaik demi masa depan yang cemerlang. Pastikan anda tidak mengulangi kesilapan dan kelemahan semasa SPM dahulu. Pada peringkat ini sepatutnya anda telah mengenai diri anda sendiri dan tahu apakah minat, kemampuan dan kekuatan masing-masing.

Monday, January 3, 2011

My LiFe StYle WaS cHaNgEd

After long holiday, starting today third January 2011 my live style already change.. what are the changes? ahakz, the changes are, I must wake up early like going to school but going to giat mara, no more sleep when evening like my habit, no more sleep late at night, no more online until late night.. huhu so many changes.. this is because I'm going to giat mara under photography course along 6 month.. by following this course at least I have something to do before spm result coming out
Today, I start study a new knowledge that is Photography at Giat Mara.. very interesting course.. the class start at 8.00a.m until 5.15p.m.. huh a bit tired la.. but ok la, because I very interest to study this course.. another thing is I get many new friend at giat mara.. but this week is orientation week handled by senior.. not starting study yet..

Saturday, January 1, 2011

WeLcOmE 2011

first January 2011...
wow.. nice day today.. bnyak bunga api..
em.. so what will happen to me this year?
happiness or sadness??..
only Allah know..
this year also result spm will come out..
matrix and uni also..
ahakz.. ape nak jadi yer..
just can pray and hope good thing will happen..
i want this year 2011 is better than 2010..





Friday, December 31, 2010

GoOd ByE 2010

end of year 2010..
wow.. today 31 Dec 2010..
so fast right??..
em.. lot thing i learn in this year..
even good or bad..

Monday, December 20, 2010

SpM 2010 sUdA TaMAt

haa..ary ni.. spm bagi tahun 2010 sudah tamat.. berakhirlah sume paper2 spm.. ary ni if tak silap aku paper last is ekonomi asas.. ramai juga kengkawan aku yg amik paper nih.. actually abis spm ni x de la hpy sngat.. mmg la x perlu pikir about skul da.. tp boringnya tersangat sbb tak tau nak buat apa.. paper aku abis lama da.. 8 Dis ary tu.. meja study aku pun masih berselerak dngan buku2 and kertas2 yang tersngat bnyaknya.. bru kemas sikit jea.. xda mood la nak kemas.. skrg ni aku bosan giler duk rumah.. rsa mcm2 ary2 nak hang out g mana2.. tp x bole la coz no money.. haha.. just hang out weekend je la.. rasa nak kerja sbb aku need money sngat nih.. tp aku still duk tunggu feed back dri giat mara tu.. dpat ke aku masuk pun x tau lagi la.. diorg ckp kursus yg aku amik that is photography ni x ramai org, senang dpt.. huh.. lambat sngat la diorg ni nak kasi answer.. time pegi interview tu ckp nty diorg call.. but until now x call2 pun.. klau x dpat gtau la cpat2 aku nk cri keja.. suda bosan duk umah je.. haih...

Thursday, December 16, 2010

pLaNEt NiBiRu AkaN bErLaNgGaR dEnGaN BuMi?

Planet Nibiru atau dikenali sebagai Planet X sebuah planet yang berada di hujung sistem suria dan mengelilingi matahari setiap 3,600 tahun. Kewujudan planet ini diperkatakan oleh seorang penulis Amerika Syarikat, Zecharia Sitchin berdasarkan legenda bangsa Sumeria. Pihak NASA percaya planet Nibiru lebih besar drpd planet Pluto dan menyamai planet Musytari, planet terbesar dlm sistem suria. Legenda Sumeria & kaum Maya menyatakan, planet Nibiru akan bertembung dengan Bumi pada tahun 2012 dan ini akan menyebabkan kemusnahan yang teramat dahsyat.
Walau bagaimanapun, dari segi saintifik dan juga para saintis menolak dakwaan ini, dan menyatakan ini satu pembohongan. NASA juga menyatakan tiada bukti sahih mengenai kewujudan planet Nibiru dlm pencerapannya. Jarak planet Niburu dengan Bumi menyamai 97 kali ganda jarak Bumi dngan Matahari. Jarak Matahari dari Bumi ialah kira-kira 149.7 juta km. Planet Nibiru dikatakan akan berlanggar dengan Bumi telah dibangkitkan pada tahun 1995. Hal ini semakin kerap dikatakan oleh orang ramai sejak tahun lepas.

Apakah benar semua ini? Dikatakan planet Nibiru akan berlanggar dengan Bumi pd tahun 2012 dan ada yg mengatakan juga berikutan dengan kejadian itu, hari kiamat juga akan berlaku kerana ia menggambarkan kemusnahan yang besar. Percaya atau tidak terpulanglah pd seseorang itu. Bagi aku hari kiamat pasti akan berlaku, cumanya kita tidak tahu bila dan kita tidak berhak menduga bila ia akan berlaku kerana kita tidak tahu apa yg Allah tahu.

Inilah wajah planet Nibiru yang dikatakan akan berlanggar dengan Bumi

AkU sUkaR DifAhaMi

sekarang baru aku sedar rupanya sukar untuk orang lain memahami diri aku.. termasuk family aku sndiri.. kawan2 pun sme je.. ape pelik sangatkah aku ni sampai org lain sukar untuk fahami aku? orang lain bleh ckp itu dan ini tentang diri aku, tapi hakikatnya diorang tidak tahu apa2 tntang diri aku.. orang slalu ckp pada aku.. "ang ni pelik ar aisyiah", "apesal dngan ang ni".. huh.. ape yang peliknya diri aku, aku pun tak tahu la.. diorang selalu mempersoalkan tntang apa yg aku minat, ape yg aku suka, ape yg aku nak dan tentang life aku.. knapa? knapa? dan knapa? apesal diorang susah nk faham aku ha? aku pun manusia ok!.. ada hati ada perasaan.. kadang-kadang sedih gak sbb xde org yg fahami aku.. tp ape bleh aku buat klo ini sume dah takdir aku.. aku terima saja.. tp dulu ada seseorg yg sentiasa memahami aku.. tahu tntg diri aku.. tp org itu telah diambil kembali oleh Allah.. sedih dan sakit hati ini hnya Allah saja yg tahu.. aku redha dngan pemergiannya wlaupun aku masih sngat perlukannya utk sntiasa brada dismping aku krna hnya dia yg memahami aku. klaulah ada org yg dpt menggantikan dia dlm life aku, huh.. mmg indah dan aku pasti bertrima kasih pd org itu.. tp ada ke lagi org yg dpt fahami aku??..

Saturday, December 11, 2010

HaNg OuT tImE

huhu..best sngat today.. after spm aku yg bru lepas last wednesday tu..
arynilah ari yg aku rsa best.. mne tak nya..
pas abis exm aku ashik duk umah jea, x g mne2 un...
bosan! bosan! dan bosan!..
inilah perasaan aku setiap hari.. but today, aku happy giler..
hilang rsa bosan yg membelenggu diri aku..
ary nie aku n kengkawan klas aku dan seorg kid pegi tngok citer ngangkung..
citer antu.. hahaha.. aku takut ar..
brapa kali tutup muka un x tau.. member2 aku gelak je...
haih.. pas abis tngok movie, kteorg g makan nasi ayam misai.. yumm.. mmg sedap..
pas abis mkn.. aku n 3 org membe aku g karaoke.. hahaha..
aku x nyanyi, sbb x tahu nyanyi..
dah la kat luar tngah ujan, so better aku rsa aku x payah nyanyi la..
takut kang ribut yg dtang..
suara diorg sume sdp2 kasi aku ngantuk saja..
then, abis karaoke kteorg g mkn ais krim..
sedap sngat ais krim tuh.. suda lama aku x makan ais krim..
kteorg g lepak kat Mcd smbil tunggu 2 lagi member yg still duk tngok movie lagi..
smbil duk tunggu tu.. kteorg borak2.. gelak2..
haha.. mmg best.. aku happy giler gelak sja..
sakit abis perut aku ketawakan diorg..
hahahahahahhah...
abis borak2 tu kteorg un balik la..
balik je trus aku tido, sbb mngantuk tersangat....
anyway, aku suka hari ni..

Wednesday, December 8, 2010

SpM sUdA TaMat

alhamdulillah.. aku bersyukur sngat pada Allah krana aku dpt menghabiskan spm.. ini juga tandanya aku dah tamat alam persekolahan.. hari ni aku pegi skola dngan aty yg gmbira brcampur sedih.. aku happy sbb today is last paper for spm.. aku sad sbb aku dah tak pegi skola dah lepas ni.. 9 subject telah selesai aku jawab iaitu bm, bi, maths, agama, sjarah, add maths, physics, chemistry and biology.. antara kesemua 9 sbject ni yg aku x brape yakin is paper physics.. huh.. tak tahu la.. aku sebenarnya brsyukur sngat pd Allah krana sepanjang mggu peperiksaan ini aku tidak ada rasa takut.. even sbject2 sains tu buat aku risau betul tp, hati aku tenang sja.. thank you Allah.. aku rasa aku telah cuba sedaya yg aku mampu untuk buat yg trbaik dlm spm ni.. smpai aku dah x de energy da.. hahah.. aku serahkan semuanya pada Allah untuk menentukan apa saja yg terbaik buat aku.. sesungguhnya aku pinta agr aku dpt result yg cemerlang.. apa pn yg Allah kurniakan pd aku, aku akn cuba redha.. amin..

Tuesday, December 7, 2010

ToMorRoW wAs LaSt DaY

esok.. hnya akn berlaku sekali dalam hidup aku.. itulah hari esok..
esok.. itulah hari di mana hari terakhir aku pegi skola..
esok.. merupakan hari terakhir
aku pakai bju skola, kasut skola, beg skola dan jalan pegi skola..
huhu.. sedihnya.. itu pun klau2 aku tak msuk form6 la..
tp harap2 tak msuk la.. but klo dh takdir aku terima sja..
sedih.. itulah perasaan aku.. tp inilah kehidupan..
esok.. last day aku pegi skolah utk jwb last paper spm that is biology..
countdown kat sbelah pun akn brhenti tepat pkul 12.00a.m..
itu tndanya, spm aku suda hmpir tamat..
esok.. last day juga utk aku jmpa kwn2 kat skola..
bual2, gelak2, kco org, pekena org.. haha..
huh.. cepat betul masa berlalu..
cepat betul tamat alam persekolahan dalam hidup aku..
siapa aku in the future, aku pun tak tahu..
aku hanya bole rncang, rncang dan rncang msa dpan aku..
tp hanya Allah yg menentukan..
esok.. pasti akn mnjadi hari yg tak dpat aku lupakan..
aku hrp aku akn lalui hari esk dngan sebaik mungkin..
haha.. sedihnya.. tggal beberapa jam jea lg utk hari esk tiba..
itulah hari esok..

SaLAm MaAL HiJraH 1432

alhamdulillah suda masuk tahun bru bagi umat Islam seluruh dunia.. sempena tahun bru ni.. aku un ada azam baru.. azam aku tuk tahun ini adalah aku nak ubah hidup aku ke arah lebih baik.. nak jd seorg yg baik.. aku nak cuba mencari kecerian dalam hidup aku.. nak settle sume prob yg aku ada.. nak menjadi lebih dewasa.. nak jd lebih sabar.. dan macam-macam nak lagi la.. but, actually ada something yg most important yg aku nak.. hope ianya tercapai..