Planet Nibiru atau dikenali sebagai Planet X sebuah planet yang berada di hujung sistem suria dan mengelilingi matahari setiap 3,600 tahun. Kewujudan planet ini diperkatakan oleh seorang penulis Amerika Syarikat, Zecharia Sitchin berdasarkan legenda bangsa Sumeria. Pihak NASA percaya planet Nibiru lebih besar drpd planet Pluto dan menyamai planet Musytari, planet terbesar dlm sistem suria. Legenda Sumeria & kaum Maya menyatakan, planet Nibiru akan bertembung dengan Bumi pada tahun 2012 dan ini akan menyebabkan kemusnahan yang teramat dahsyat.
Walau bagaimanapun, dari segi saintifik dan juga para saintis menolak dakwaan ini, dan menyatakan ini satu pembohongan. NASA juga menyatakan tiada bukti sahih mengenai kewujudan planet Nibiru dlm pencerapannya. Jarak planet Niburu dengan Bumi menyamai 97 kali ganda jarak Bumi dngan Matahari. Jarak Matahari dari Bumi ialah kira-kira 149.7 juta km. Planet Nibiru dikatakan akan berlanggar dengan Bumi telah dibangkitkan pada tahun 1995. Hal ini semakin kerap dikatakan oleh orang ramai sejak tahun lepas.
Apakah benar semua ini? Dikatakan planet Nibiru akan berlanggar dengan Bumi pd tahun 2012 dan ada yg mengatakan juga berikutan dengan kejadian itu, hari kiamat juga akan berlaku kerana ia menggambarkan kemusnahan yang besar. Percaya atau tidak terpulanglah pd seseorang itu. Bagi aku hari kiamat pasti akan berlaku, cumanya kita tidak tahu bila dan kita tidak berhak menduga bila ia akan berlaku kerana kita tidak tahu apa yg Allah tahu.
Inilah wajah planet Nibiru yang dikatakan akan berlanggar dengan Bumi
No comments:
Post a Comment