Monday, January 31, 2011

HaSiL pEmBeLajARaN kU

yooooo..what up.. eh silap, assalamualaikum..
ha..today aku nak kongsi ngan korang sume about ape yg telah aku blajar di giat mara.. em..kejap je dah sebulan aku blaja kat situ.. belum bnyak ilmu lagi yg aku dapat coz masih bru kan.. best blaja kat situ sbb situasi nye mcm kat skola la.. da ckgu, da kawan2, da bell n mcm2 lg la.. cuma rule nya lain.. bulan ni ape yg aku blajar is more about keselamatan iaitu modul 1 teknologi fotografi.. abis modul da exam lak..
Dalam bulan ni gak aku ada snap beberapa gmbar mggunakan camera Nikon D90 hak milik giat mara.. x guna sndiri nya sbb xde g..haha.. aku xde la pandai sngat guna camera tp bila blaja dah tahu la skit2 sbb dibantu oleh kengkawan.. hari tu aku da kuar g shooting ngan kawan2 aku kat sekitar kwasan tu gak.. jom tngok pic ape yg aku snap.. sume pic yg aku snap ni aku guna teknik blur or focus pd satu objek sja.. pic yang au snap ni blum la diperingkat yg bgus sbb msih blaja lg..ni je yg dpt aku cuba for this time.. future mybe lebih bgus.. JOM TENGOK..



ni pic bunga..nice bunga ni..
aku suka..
pic nih aku amik
guna teknik wokeh..
em, tp x berapa wokeh la..







ni pic bunga raya..
pic ni aku focus pada
bunganya sja..
daun-daun di blakangnya
diblurkan..




ni pic lubang di
sebatang kayu..
pic ni focusing point nye
di lubang itu..
aku suka pic ni..agk unik..






ni pic nenas..
pic ni aku amik focus
pd nenas dihadapan saja.
nenas dibelakang diblurkan..
pic ni pun nice n aku suka..




ni pic yg paling aku suka..
pic bunga rya yg bru
nak mengembang..
prasan x kat bunga tu
ada small butterfly..
tp syang aku xleh zoom pic
ni sbb time ni aku guna
lens potrek.. lens ni
xleh zoom..


ni lah antara pic2 yg aku snap.. da bnyak lagi.. tp ni antara yg aku suka.. actually x brapa nak jd teknik yg aku mainkan.. tp xpe la.. ckgu and membe2 pun ckap ok.. tp aku nak try buat the best lg la.. yg x puas hatinya.. time aku snap ni sume aku guna lens yg xleh zoom.. aku trlupa nk tukar lens biasa balik time kuar tuh..em, tp xpe next time cuba lg..
p/s: skrg ni aku tngah blaja teknik panning lak..x mahir lg..nty klo dah mahir aku uploadkan pic nye ye..daaa..

Monday, January 24, 2011

Antara MATRIK atau ASASI atau DIPLOMA

Memandangkan sekarang dasar tawaran terbuka (double offer) digunakan, maka calon lepasan SPM yang layak mungkin akan menerima dua tawaran iaitu sama ada untuk mengikuti program Matrikulasi di KPM atau mengikuti Program Pengajian Asasi/Diploma di IPTA. Mereka yang mendapat dua tawaran ini pasti ada yang telah yakin mana yang harus dipilih tetapi tidak kurang yang merasa keliru atau tidak pasti.

Matrikulasi KPM

Program Matrikulasi KPM terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun dan mempunyai 4 jurusan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, Perakaunan dan Teknikal. Jurusan Teknikal baru diperkenal pada tahun ini. Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada empat jurusan umum ini.
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 220 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semestar.
Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah. Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati. Mereka yang sederhana pula ada kemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak diminati atau biasa disebut ‘dilelong’.

Asasi IPTA

Program Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.
Umpamanya Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Alam Bina, Asasi Pendidikan Islam, Asasi Syariah, Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains. Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai 15 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Kesihatan Bersekutu, Asasi Kejururawatan, Asasi Farmasi, Asasi Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi Sains Kemanusian, Asasi Bahasa Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan, Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer dan Asasi Undang-Undang.

Di samping itu universiti lain yang mempunyai program asasi adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Walaupun begitu para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku sebanyak RM 1,000 satu semester, yuran pengajian sebanyak RM 350 satu semester dan yuran penginapan sebanyak RM 300 satu semester.
Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka. Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Diploma IPTA

Program Diploma pula diurus dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.
Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan. Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.
Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Pilihan Anda?
Ketiga-tiga program pengajian ini memang disasarkan kepada calon yang berbeza. Setiap satu program tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.
Mereka yang mengikuti program asasi dan matrikulasi satu tahun merupakan antara jalan terpantas untuk memasuki universiti dan menamatkan program pengajian peringkat ijazah. Secara langsung mereka akan dapat mula bekerja lebih awal di usia yang muda.

Memandangkan program asasi dan matrikulasi mengambil masa yang singkat untuk ditamatkan maka mereka yang mengikuti program ini perlu melalui proses kehidupan dan pembelajaran yang mencabar. Banyak yang perlu dilakukan dalam masa yang begitu pendek dan perlu fokus serta mengekalkan prestasi pelajaran dari mula lagi.
Walaupun begitu segala susah payah ini akan dibalas dengan kepantasan memasuki program pengajian peringkat ijazah dan dunia kerjaya.
Secara umumnya program Matrikulasi KPM sesuai untuk mereka yang belum begitu pasti kursus apa yang ingin diikuti diperingkat ijazah nanti kerana sukatan pelajarannya lebih terbuka. Manaka program Asasi pula sesuai untuk mereka yang sudah pasti apakah kursus yang ingin diikuti diperingkat ijazah dan universiti yang ingin dimasuki kerana sukatan pelajaran asasi telah disusun mengikut kursus yang tertentu.
Perbezaan yang paling ketara antara program asasi dan matrikulasi dengan program diploma adalah tempoh masa pengajian. Program diploma mengambil masa yang lebih panjang iaitu 3 tahun jadi proses pembelajaran tidaklah begitu ketat. Di samping itu pelajar diploma mempunyai lebih peluang untuk membaiki penurunan prestasi kerana ada 6 semestar berbanding 2 semestar untuk asasi dan matrikulasi setahun.

Namun kerana tempoh masa pembelajaran yang lebih lama maka lepasan diploma akan lewat memasuki pengajian peringkat ijazah dan akan lambat mula bekerja. Walaupun begitu ada universiti yang memberi pengecualian jam kredit kepada lulusan diploma dan ini boleh memendekkan sedikit tempoh masa pengajian.

Di samping itu lulusan diploma boleh menggunakan diploma mereka untuk terus bekerja tetapi tidak demikian untuk lulusan asasi dan matrikulasi. Mereka yang mengambil program asasi dan matrikulasi dianggap akan meneruskan proses pembelajaran mereka kerana program tersebut memang disusun sebagai laluan pantas ke universiti.

Sementara itu bagi mereka yang tidak berjaya ke matrikulasi atau asasi maupun diploma jangan gusar kerana anda masih boleh memasuki universiti mengikuti program peringkat ijazah. Laluan anda adalah dengan masuk ke tingkatan 6 dan ambil STPM.
Walau apa pun pilihan anda pastikan anda melaluinya dengan terancang dan berusaha untuk mencapai yang terbaik demi masa depan yang cemerlang. Pastikan anda tidak mengulangi kesilapan dan kelemahan semasa SPM dahulu. Pada peringkat ini sepatutnya anda telah mengenai diri anda sendiri dan tahu apakah minat, kemampuan dan kekuatan masing-masing.

Monday, January 3, 2011

My LiFe StYle WaS cHaNgEd

After long holiday, starting today third January 2011 my live style already change.. what are the changes? ahakz, the changes are, I must wake up early like going to school but going to giat mara, no more sleep when evening like my habit, no more sleep late at night, no more online until late night.. huhu so many changes.. this is because I'm going to giat mara under photography course along 6 month.. by following this course at least I have something to do before spm result coming out
Today, I start study a new knowledge that is Photography at Giat Mara.. very interesting course.. the class start at 8.00a.m until 5.15p.m.. huh a bit tired la.. but ok la, because I very interest to study this course.. another thing is I get many new friend at giat mara.. but this week is orientation week handled by senior.. not starting study yet..

Saturday, January 1, 2011

WeLcOmE 2011

first January 2011...
wow.. nice day today.. bnyak bunga api..
em.. so what will happen to me this year?
happiness or sadness??..
only Allah know..
this year also result spm will come out..
matrix and uni also..
ahakz.. ape nak jadi yer..
just can pray and hope good thing will happen..
i want this year 2011 is better than 2010..